24.2.10

mesej atau lakonan

bukan mesej yang korunk selalu dapat kat enset canggih korunk tu la . tapi malam ni aku nak cerita sikit pasal industri filem tanah air . wah ! rasa tanggungjawab sebagai pelajar broadcasting la plak . hahahaha . kaki kaki wayang sekalian jom usha sket .

cerita apa yang best sekarang ni ? Lu Pikir La Sendiri The Movie ? aku belum tengok lagi =.=




masa tu aku satu family ngah tengok citer Azura lakonan hebat Jamal Abdillah and Ogy Ahmad Daud . korunk sure pernah tengok punya kan . kalau anak anak muda zaman sekarang tengok mesti tergelak gelak sakan . walaupun citer tu citer sedih .



nape aku cakap asik tergelak ?

mana tak nya korunk tengok sendiri lakonan dorunk yang kaku and ikut skrip tu . ada satu part zack bawak azura pergi umah bapak zack . scene adik adik zack tu yang buat aku tergelak .

adik 1 : saya suka azura jadi kakak saya
adik 2 : saya pun sama

lepas dialog tu mak aku cakap la "adik beradik pun guna saya awak ? hahahaha" . sebab tu aku tergelak . tapi aku bukan la nak cerita pasal dialog yang digunakan . aku nak cerita sket pasal filem filem and penilaian korunk sendiri . rata rata antara korunk biler buat penilaian pasal sesebuah filem, mana yang korunk titikberatkan ? mesej yang disampaikan atau lakonan yang berkesan ?

ini yang jadi tanda tanya sekarang ni . rata rata peminat filem sekarang ni mesti judge jalan cerita and lakonan yang dibawa . pernah tak korunk cuba tengok mesej yang dorunk nak sampai kan . pernah tak korunk perasan mesej dalam sebaris dua dialog yang disampaikan ?

aku amik contoh filem Evolusi KL drift . di hujung filem mana yang korunk amik ? skill drift stuntman tersebut atau pengajaran tentang gengsterisma dan dadah yang berleluasa . cuba korunk tengok sendiri . bila nak share pasal salah sebuah filem kat membe ada tak korunk cakap macam ni

A : weyh mat . ko kene tengok la citer rempit tu
B : apsal plak ? farid kamil berlakon best ke
A : aku bukan nak cakap psl farid kamil . tapi kalau ko tiru farid kamil pujaan hati ko tu genti timpa nasib yg sama la bai !



ade tak weyh ? bunyi macam skema je la kan . hahahaha . kalau ade yang cakap macam ni aku respect lu sebagai membe yang sejati ar . hahahaha .

ade tak korunk sedar bahwa lakonan yang hebat sekalipun kalau mesej tunggang langgang citer tu jd macam cilake . macam cerita yang tak de tujuan . pe motif citer tu ? takat lakonan gempak tapi mesej ciput kedekut taik idung masin baik xyah wat filem .




pesanan aku kat sini korunk yang tengok filem tu jangan la nilai filem tu best disebabkan lakonan . tapi jangan lupa amik mesej yang nak disampaikan okie . penat penat dorunk wat filem sedarkan masyarakat tapi korunk x amik . pe kes ? next time aku nak citer pulak pasal bakat atau rupa . tunggu okie ! hehehe

peace yaww !

4 comments:

Echah Sarudin said...

tapi rasanya sekarang dua-dua pun penting.mesej yang disampaikan dan mutu lakonan.

tengok kartun kan senang.hati lapang.hehe...

Mell said...

ouh yeah ! kartun tetap dihati ku !

ellinadllin said...

aaaaaaaaaa. ni debat tv studies x abesh2 lg kew? hehehe

Mell said...

ellin : sort of . hahah a. aku ingat mmg nak letak psl debate tuh . tapi tunggu dulu kowt . wakaka