8.7.11

Beto Kusyairi


buah hati pengarang jantung ku . auwwww . hahaha . terjumpe pelakon kegemaran . excited lebeyh weyh !!!!





16.6.11

DECORATE




FINALLY ITS MINE !







Photobucket

nandos staff !





NEW FRIENDS !






Photobucket

24.5.11

MAAF !


SORRY !

MAAF !


saya nak minta maaf kepada semua pembaca blog ni kerana kandungan yang bercampur ala-ala rojak dan ABC . sekejap entry perihal hidup . kadang2 artikel . bahasa pun sekejap english sekejap bahasa melayu . mungkin followers pun pening baca blog ni . sekali lagi mohon maaf :)

Photobucket

perihal HOLY WATER !!!

Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.

Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.

Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran

"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]

Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian. Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".

Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.

"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]

Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.


Sumber : ILUVISLAM


rasa kelakar pulak bila pada hakikatnya HOLY WATER hanya lah air pili biasa :)


Photobucket

AYAH TERHEBAT !! BF TERBAEK !!


Kepada semua lelaki ; adakah anda akan teruskan hubungan sekiranya terdapat situasi begini ?? renung-renungkan dan selamat beramal :D



Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.


Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..


Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.


Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?


Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”


Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.


Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.


Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.


Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.


Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


hehehehe

Photobucket

semua tentang PEREMPUAN !


jom tengok and baca sikit rahsia perempuan . ini hanya hiburan semata-mata . kalau ada yang tepat dan betul hanyalah kebetulan . jom !!



Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran! Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang
ketika apa saja ialah per...per...!
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri . Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar
tani. Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja. Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

Menurut satu perangkaan, orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...........Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.


Pembaca semua jangan terasa hati . gurauan semata-mata . saya pun PEREMPUAN jugak :D

Photobucket

21.5.11

RIOT ! RIOT ! RIOT !


a quick update from me . went to TV9 free concert last night . it was so so so AWESOME ! it's been a long time since the last time i went for a gig . thank you to TV9 ! thanx to all the band

  • GabbaGabba
  • Pesawat
  • Awanband
  • Drama
  • Greyskymorning

special thanx to the main performer AIZAT and HUJAN

i was so excited once i saw AG and he performed like HELLLLLL . he was so AWESOME and WWOOWWW



xoxo AG xoxo



Aizat performing Sungai Lui

Photobucket

10.5.11

kegagalan pemimpin


tajuk kegagalan pemimpin itu adalah aku bukan watak drama pendek ini . ini lah yang dikatakan sebuah kegagalan dalam kegembiraan . percayalah ini bukan yang terbaik dari diri aku . hanya mereka yang bijak pandai mampu menilai .

moga yang menonton terhibur dan jika tidak itu bukan salah kalian . salah aku kerana tidak menyampaikan sesuatu yang bagus . bukan usaha sehabis boleh yang aku berikan . banyak yang masih belum sempat aku berikan .


I present to you


JATUH !




Photobucket

8.5.11

kegagalan disebalik kegembiraan


manusia takkan pernah bersyukur dengan apa yang dia ada . bila diri dikritik hebat seboleh-bolehnya dia cuba menafikan kesalahannya . dan orang lain diletakkan beban menanggung kesalahan dirinya . tiada manusia yang mampu dan sanggup menerima kritikan atas usaha yang dilakukan .

gagal . satu perkataan yang mampu menjatuhkan semangat untuk teruskan usaha .

namun aku bersyukur segalanya sudah berakhir . walau terasa sedikit terkilan dalam diri . dan kegagalan yang menimpa membuat diri menjadi lebih tertekan .

siapa yang nak disalahkan ? hati kuat mengatakan bukan aku yang salah . namun pada hakikatnya kegagalan itu milik aku sebagai pemimpin . tiada yang boleh aku nafikan atas kesalahan memimpin kelasi di atas kapal .

sedikit terkilan kerana apa yang diinginkan tidak mendapat sokongan . malah dibentak dan dianggap perampas impian . bila usaha yang ditunjukkan dan pikiran yang dibentangkan tidak diterima oleh pendapat yang lain timbul satu perasaan sentap dalam diri . hanya mampu bersabar . kegagalan sebagai pemimpin terlihat jelas di situ . mungkin pengunduranku lebih dihargai oleh semua dan mungkin akan menjadi satu kegembiraan buat mereka . bahkan ada yang akan menarik nafas lega yang paling panjang dalam hayatnya .

ketegasan yang pernah aku miliki hilang atas dasar keperimanusiaan . ketegasan yang pernah aku miliki dulu lenyap atas dasar menjaga institusi persahabatan . ketegasan yang pernah aku miliki dulu jauh meninggalkan aku kerana tiada satu pun yang faham .

aku bentangkan "kegagalan pemimpin" buat tontonan kamu semua . percayalah buah pikiran aku lebih luas dari apa yang diberikan . tapi jangan dicemuh atau dikritik usaha mereka yang membantuku menyempurnakan "pembentangan" ini . percayalah mereka telah berusaha sehabis boleh . dan jika apa yang ingin disampaikan tidak singgah di benak pikiran kalian itu lah "kegagalan pemimpin" yang sebenar .


click to enlarge

nantikan sebuah "kegagalan pemimpin" di dalam "kejayaan mereka".............. sekian







Photobucket

2.5.11

new update



tak tau nak update pasal ape . nak tulis blog pun macam dah malas . tak tau nak tulis ape . takde story best yang boleh aq kongsi . new update ; sekarang ni aku dah start wat part time demi menanggung pembelanjaan dan pembelajaran aku . now keje kat nandos . haaa cari laa yer tempat keje aq . nnt kalau korunk datang CONFIRM aq layan and bagi harga yang sama macam dalam menu . ngee :D





Photobucket

3.4.11

Symfonia Pictures 1900 : It's A Wrap !



IT'S A WRAP !!!






p/s : talent yg paling setia dengan crew production . tq so much ! next project pun gune talent yang sama . hahah


Photobucket

22.3.11

tak puas cakap TERIMA KASIH !!



menarik lafas lega..........dan


SYUKUR ALHAMDULILLAH !


sememangnya aku panjatkan setingggi-tinggi kesyukuran kepada tuhan yang maha esa ALLAH SWT kerana dah memberkati kami sepanjang shooting 1900 . walaupun hujan *hujan rahmat* . turun naik balai polis dan IPD . semata-mata untuk menjayakan drma pendek projek semester akhir . terima kasih yang tak terhingga buat kawan-kawan seperjuangan yang dah habis kan tenaga and minyak kereta untuk projek ni *really appreciated it*


semuanya dah setel setelah mengharungi pelbagai cabaran yang tak disangka-sangka *normal laa dalam production* dan akhirnya kami berjaya mendapatkan killer shot *pun tak disangka sangka* thanx to MR DRIFTER and MR APEK* yang dah buat aku risau and tak sanggup nak tengok kejadian tu . menakutkan betul laa .


terima kasih kepada semua talent *apek azim chow zida watie charles mimi and membe2 ayen* yang dah membantu kami demi menjayakan drama pendek ni . walaupun terpaksa menuggu dengan begitu lama . terima kasih sangat2 kepada semua crew2 *aynal muhsin amy kano efan* yang membantu kami pada hari pertama . sangat2 membantu ! tanpa korunk confirm kteowg kelam kabut . syukran syukran .


terima kasih kepada polis-polis yang melayan karenah kami untuk tutup jalan dan "menyusahkan" orang ramai . minta maaf juga kerana menyusahkan . terima kasih kepada pegawai polis yang dah bantu kami . terima kasih sangat2


aku takkan puas nak cakap terima kasih ! sangat-sangat menghargai jasa baik mereka semua !! especially all the crews from SYMFONIA PICTURES ! its a great adventure ! ada masa nanti aku post video behind the scene and all the pictures yang kteowg dah snap ramai ! giler la weyh mmg best !!!






Photobucket

16.3.11

membantu dan beramal





hai korunk semua . ini mungkin sesuatu yang sukar untuk diterima . kita cuba realisasikan sama-sama okie . aku dan member2 aku sedang mencari sumbangan/tajaan untuk menampung perbelanjaan penggambaran filem pendek yang b'tajuk 1900 . kami merupakan para pelajar dari MALAYSIA INSTITUTE OF INTEGRATIVE MEDIA . untuk sinopsis sila klik sini .



kepada yang membantu nama anda akan disenaraikan dalam ending credit bahagian PENGHARGAAN di akhir cerita yg berdurasi selama 15 minit . dan setiap seorang yg membantu akan menerima DVD filem pendek kami . kepada penyumbang yang paling banyak akan menerima hadiah istimewa daripada kami . kami akan menghargai setiap bantuan yang dihulurkan . kepada yang ingin membantu jumlah minima ialah RM10 setiap bantuan .



selain itu juga kami tidak akan sia-siakan bantuan yang diberikan oleh anda semua . setiap minima RM1000 yang diterima oleh kami 20% akan didermakan kepada tabung bantuan dibawah UNICEF . selain drpd anda membantu kami anda juga turut menderma kepada yang memerlukan . bantu kami untuk membantu mereka yang memerlukan di JEPUN, AFGHANISTAN, PALESTIN, LIBYA, dan negara-negara yang sedang mengalami pelbagai krisis hidup .




langkah-langkah untuk memberi sumbangan/tajaan

1. Bank-in jumlah yang anda ingin berikan ke
CIMB BANK : NOR AMELIA FARINA - 14350076793527

2. SMS NAMA, ALAMAT, JUMLAH, NO RUJUKAN ATAU MASA, CAWANGAN BANK /ONLINE BANKING, TOTAL BAYARAN ke nombor :
AMELIA : 013-2193348 / 014-7376017

3. atau EMAIL NAMA, ALAMAT, JUMLAH, NO RUJUKAN ATAU MASA, CAWANGAN BANK /ONLINE BANKING, TOTAL BAYARAN ke farina_july91@yahoo.com.au


selamat membantu dan menderma . mari sama-sama ringankan beban kami atas tujuan pembelajaran dan mereka yang memerlukan.



TAHUKAH ANDA ??






Photobucket

6.3.11

BLOGGER IDOL ANJURAN TIAFAZUNIA KINI BERMULA

DENGAN KERJASAMA AKMALHILMI DAN ANDYHOWTT


okie guys . ini amaran keras . sila beredar jika tak suka . errrr okie ini pertama kali aku join any contest yang dianjurkan oleh blogger . aku tak pernah langsung nak join contest pape pun . tapi this time punye contest agak menarik perhatian aku . and memang kene ar ngan jiwa aku ni . hahaha . lagipun akmalhilmi sendiri yg dah ajak aq join contest ni . okie2 tak yah cter panjang . jom tengok contest ni .

klik kat banner ni klu nk tau lebih lanjut

aku tak record any song for this contest . aku gunakan video yang sedia ada jer . sebab aku xtau nak record lagu ape . hahaha . hope tiafazunia, akmalhilmi and andyhowtt suke laa video aku . jom tengok kat sini




enjoy ;)

Photobucket

5.3.11

CASTING CALL !! CASTING CALL !!



Buat pengetahuan korunk semua, semester kali ni batch aku kene buat short drama untuk subject directing . group aku sedang mencari beberapa orang yang boleh mengisi kekosongan watak yang ada . kepada korang yang berminat boleh tengok kat bawah ni . aku sertakan sekali sinopsis cerita yang group aku akan shoot . supaya sesiapa yang berminat akan lebih faham dengan watak yang akan dibawa . kalau ada artis yang baca amat di alu-alukan *berangan lah mell* ..... sila kan membaca . express yourself guys !!!


SINOPSIS CERITA !

1900 menceritakan tentang situasi yang dihadapi oleh beberapa orang watak. Situasi yang dihadapi akan mengubah pemikiran dan sikap mereka. Cerita bermula dengan watak Jason yang pergi menemui kekasihnya iaitu Katherine. Namun Jason telihat Katherine yang sedang bermesra bersama Johan iaitu majikan Katherine. Kejadian tersebut telah menyebabkan Jason merasa marah dan cemburu. Akibat dari perasaan yang timbul Jason telah memandu keretanya begitu laju hingga hilang kawalan di sebuah terowong dan terbabas. Dan menyebabkan terowong tersebut disekat oleh kenderaan Jason. Setelah itu, Jason mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat kecewa dengan sikap kekasihnya. Pada ketika itu kereta yang dipandu oleh Johan masuk ke terowong dan terperangkap akibat kereta Jason menghalangi terowong tersebut.

Arif dan Julia merupakan sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Razif. Arif dan Julia sangat mementingkan kerjaya masing-masing. Oleh sebab terlalu pentingkan kerjaya, rumah tangga mereka bagai retak menanti belah. Ketika dalam perjalanan pulang dari kerja, mereka masih lagi berurusan dengan hal kerja masing-masing. Namun telah terperangkap di sebuah terowong yang dihalang oleh kereta Jason. Pada waktu yang sama kereta yang dipandu oleh pasangan suami isteri Suraj dan Kavitha turut terperangkap di dalam terowong tersebut.

Kavitha bakal melahirkan anak pertama mereka. Mereka dalam perjalanan ke hospital kerana Kavitha sedang menunggu waktu untuk melahirkan anak mereka. Apabila terperangkap di dalam terowong tersebut Suraj terpaksa menunggu hingga Jason mengalihkan kenderaannya. Kerana tiada jalan lain yang boleh diikuti.

Johan dan Katherine turun dari kereta untuk melihat keadaan Jason yang memerangkap dirinya sendiri di dalam kenderaan. Katherine cuba memujuk Jason dan menjelaskan keadaan supaya Jason merubah fikiran. Namun akibat terlalu marah Jason keluar dari kereta dan cuba memukul Johan. Jason memukul Johan sehingga pengsan dan kembali ke dalam kereta untuk membunuh diri.

Arif yang terperangkap didalam terowong cuba memujuk Jason untuk membatalkan niat membunuh diri. Kasih sayang Jason terhadap Katherine membuatkan Arif tersedar Pada waktu yang sama Kavitha sedang kesakitan untuk melahirkan anaknya. Julia yang simpati dengan keadaan Kavitha cuba membantunya melahirkan anak. Keakraban Kavitha dan Suraj membuat Julia tersedar akan kesilapannya dan Arif.

Mangsa yang terperangkap di dalam terowong mempunyai kisah hidup masing-masing. Situasi ini akan membuatkan mereka tersedar dengan kesilapan hidup masing-masing.



P/S : Korunk boleh contact aku via email ; farina_july91@yahoo.com.au . btw nama aku AMELIA :D


Photobucket

28.2.11

sedang bercinta part 2


oh aq dah janji nak bgtau siape kekasih hati aku tu kan ? tapi sebelum tu aku nak bgtau satu rahsia ni . *scroll ke bawah*











BOYFRIEND aku tak tau pun yang aku ni GIRLFRIEND die !!
















meh tgk kat sini . aq suke die sbb die suke NESCAFE !!!!



AZHAN RANI



seterusnya ialah dia ni plak . die supportive sbb sudi nak bantu aku dalam menjayakan assignment aq . hahahaha .







UNGKU ISMAIL AZIZ


Sory la yer pembaca ku sekelian . saje je nak berangan couple ngan artis ni . hahahaha . aq tak couple ngan sesape pun ! hehehehe . sory especially to MUIZ and SADDAM yg susah2 je ckp tahniah . ahakz :P


Photobucket

sedang bercinta




akhirnya setelah lama aku single . akhirnya kini aku bercinta . wah sungguh tak disangka2 . kekasih yang ada kat dalam hati ni pun sungguh laa sweet and supportive . like seriously ! sgt2 charming okie ! i love you sayang ! i promise i pun akan support you jugak . thanx sbb dah wat i macam ni . tak sangka laa i leh jatuh cinta dengan u sebab kan 1 air kegemaran kite sahaja . and you pulak dah support i nk tolong i untuk assignment . appreciate sgt2 . tu yg wat i tmbh sayang giler2 kat u . mad in love dah ni .




kepada pembaca ku sekelian . tgu update blog yg seterusnya untuk tau siapa gerangan pencuri hati aku tu :D nak sambung assignment dulu





Photobucket

8.2.11

Gadoh






gelap . apa yang aku lihat hanyalah kegelapan . mata ini untuk melihat . tapi apa yang nak dilihat jika semuanya gelap . ini cerita aku cerita kami cerita kita yang hidup dalam kegelapan . berikan kami cahaya agar dapat kita melihat semula .


kita tak buta . kita hanya hidup tanpa cahaya . yang membolehkan kita melihat . lihatlah sekarang . bukalah mata .


aku dan kamu . apa bezanya ? warna kulitkah . bahasa pertuturankah ? budaya ? keturunan ? apa ? itukah alasanya untuk kita bermusuhan ?


jika ya kami rela dibutakan mata dari hidup dalam kegelapan


bapa saya kata kita orang cina mesti kerja kuat . negara ini melayu punya . melayu tak guna . melayu tak hormat sama orang cina . jadi saya pun tak suka sama orang melayu . melayu bodoh . melayu pemalas penindas . aku hanya kawan dengan orang cina .


aku takda kawan lain selain daripada melayu . aku diajar bahawa cina adalah bangsa penipu . aku percaya . jangan bagi cina kuasa nanti melayu hilang negara . aku percaya . aku jandi benci dekat mereka . aku diajar bahawa cina adalah musuh . aku percaya dan aku benci mereka . lu boleh pergi mati !


aku tersepit . aku tak boleh lari . aku yang selalu jadi mangsa . kamu melayu cina hanya fikirkan tentang korang . bagaimana dengan aku . korang ingat aku apa ? binatang ? yang takda perasaan yang boleh korang sepak terajang . sampai bila korang nak tolak aku ? sampai ke dinding ? sampai aku mengamuk membunuh ? itu yang korang nak ? aku hanya mahu berkawan . hidup bersama macam saudara . hentikan pergaduhan ini .


cikgu kata aku bodoh . pemalas . aku pergi sekolah nak belajar tapi dorang semua sibuk pikir kan tentang rating . nak jadikan sekolah no.1 konon . eh no. 1 untuk siapa ? untuk diorang atau kitaorang ? aku tak suka hidup aku ditentukan . aku nak tentukan hidup aku sendiri . dekat sekolah aku dilarang untuk berfikir . tapi aku diajar untuk mengikut . ini bukan sekolah namanya . ini penjara . aku bukan bodoh . tapi aku bosan . aku memberontak sebab aku tak suka sekolah yang bosan dan bodoh ini .



courtesy of Gadoh, 2009
Photobucket

7.2.11

gong-xi gong-xi

kongsi kongsi
kongsi raya
kongsi kongsi
1 Malaysia
err... 0.o
aku tak tau
pe yg aku
merepek skunk
mau kongsi gamba sebenarnya
hehehe



NOR


AMELIA



FARINA


Photobucket

2.2.11

dreams



semua orang hidup kat atas muka bumi ni confirm ada impian tersendiri . antara tercapai dengan tidak je . lately aku terpikir pasal impian aku . tercapai ker ? macam mana kalau tak ? sia-sia ke pe yang aku belajar ? pe yang aku buat kalau impian tak tercapai ? macam mana pulak nak tercapai ?




soalan-soalan kat atas tu dah ganggu hidup aku disebabkan tak lama lagi aku akan habis diploma . ujung tahun ni Insya Allah kalau takde yang menghalang . impian yang aku nak capai tu mungkin makan masa yang lebih lagi . tapi lepas aku habis diploma aku kene focus kat kerjaya yang m'jurus ke impian aku . aku risau kalau aku tak dpt tempat kat kerjaya yang patut . hurmmmm




aku cakap ujung tahun habis diploma . mayb ade yang cakap lambat lagi. tapi aku rasa masa sekarang ni dah tak tunggu manusia . cepat je 'berjalan' . now pun dah bulan februari . tapi rasa macam baru last week aku celebrate new year *ala ala drama melayu sket* aku rasa dah sampai masa aku buat rangka kerjaya kowt . hurmmmmm




impian aku sangat2 berisiko untuk dipertahankan . bukan takat pertahan kan je . nak dapat tempat kat industri dalam bidang yang aku belajar bukan senang . sedih nye laa pikir kalau langsung tak dapat tempat . hurmmm




bukan negative thought . tapi sekadar precaution maybe . i was thinking how to survive in this BIG WORLD . pesaing toksah cerita . aku rasa tiap-tiap tahun confirm ade benda baru . arghhh tension seyh pikir pasal industri seni tanah air . filem drama dokumentari . semua benda ni berapa kerat je yang berjaya kat malaysia ? nak pergi luar malaysia ? sedangkan negara sendiri pun terumbang ambing nak rebut carta and hati peminat . kualiti pun masih dipertikaikan




filmmaker . this is my dream . will i survive till the end ? and be 1 of the best filmmakers malaysia ever had ? susah nye lah impian kau Cik Nor Amelia Farina . nape tak pilih impian jadi permaisuri je ? dah alang2 susah ? arghhh !!!




p/s : kenapa Sharifah Amani talented and comel sangat ??


Photobucket