gelap . apa yang aku lihat hanyalah kegelapan . mata ini untuk melihat . tapi apa yang nak dilihat jika semuanya gelap . ini cerita aku cerita kami cerita kita yang hidup dalam kegelapan . berikan kami cahaya agar dapat kita melihat semula .
kita tak buta . kita hanya hidup tanpa cahaya . yang membolehkan kita melihat . lihatlah sekarang . bukalah mata .
aku dan kamu . apa bezanya ? warna kulitkah . bahasa pertuturankah ? budaya ? keturunan ? apa ? itukah alasanya untuk kita bermusuhan ?
jika ya kami rela dibutakan mata dari hidup dalam kegelapan
bapa saya kata kita orang cina mesti kerja kuat . negara ini melayu punya . melayu tak guna . melayu tak hormat sama orang cina . jadi saya pun tak suka sama orang melayu . melayu bodoh . melayu pemalas penindas . aku hanya kawan dengan orang cina .
aku takda kawan lain selain daripada melayu . aku diajar bahawa cina adalah bangsa penipu . aku percaya . jangan bagi cina kuasa nanti melayu hilang negara . aku percaya . aku jandi benci dekat mereka . aku diajar bahawa cina adalah musuh . aku percaya dan aku benci mereka . lu boleh pergi mati !
aku tersepit . aku tak boleh lari . aku yang selalu jadi mangsa . kamu melayu cina hanya fikirkan tentang korang . bagaimana dengan aku . korang ingat aku apa ? binatang ? yang takda perasaan yang boleh korang sepak terajang . sampai bila korang nak tolak aku ? sampai ke dinding ? sampai aku mengamuk membunuh ? itu yang korang nak ? aku hanya mahu berkawan . hidup bersama macam saudara . hentikan pergaduhan ini .
cikgu kata aku bodoh . pemalas . aku pergi sekolah nak belajar tapi dorang semua sibuk pikir kan tentang rating . nak jadikan sekolah no.1 konon . eh no. 1 untuk siapa ? untuk diorang atau kitaorang ? aku tak suka hidup aku ditentukan . aku nak tentukan hidup aku sendiri . dekat sekolah aku dilarang untuk berfikir . tapi aku diajar untuk mengikut . ini bukan sekolah namanya . ini penjara . aku bukan bodoh . tapi aku bosan . aku memberontak sebab aku tak suka sekolah yang bosan dan bodoh ini .
courtesy of Gadoh, 2009
No comments:
Post a Comment