17.5.10

tepuk atau hentak

bila rasa gembira tepuk tangan . bila rasa bosan ?? apa perlu buat ? tepuk jugak ? atau hentak sekali ? bila akan hilang bosan dalam diri yang hina ni ? kalau bosan datang menyerang diri korunk apa yang korang semua buat ? aku da agak mesti ada yang jawab tido atau makan atau tengok youtube . haizz ape laa sangat aktiviti korunk ni .


aku menantikan satu jawapan yang betul betul boleh aku jadikan panduan . fikir sejenak la wahai pembaca jalanan . pernah tak korunk jawab lunaskan tanggungjawab yang belum usai atau buat hiasan dalam bilik . berguna jugak kalau korunk habiskan masa bosan dengan hias bilik korunk yang buruk tu


nak update blog time bosan pun tak boleh kan ? sebab time bosan otak blank idea kosong . nak update ape je ? takkan nak letak entry kosong buat pembaca setia harapan negara ? betul tak ? mata aku sekarang tak dapat lelap . so sekarang aku nak korunk suggest perkara lain yang boleh aku buat . takkan tiap kali aku bosan aku nak update blog pasal bosan . aku boleh gerenti pembaca tegar yang sibuk nak blogwalking tu mula bosan .


aku sendiri da mula bosan dengan karutan dan kata kata yang melalut merepek aku type kat ruang kosong blogger ni . sampai aku rasa marah dengan orang sekeliling aku . kesian laa dengan dorunk . yang ko nak marah dorunk kenapa amelia ?


panjang sangat ke entry aku ni ? aku rasa tak kowt . kalau panjang berjela-jela sekalipun ape kau kesah ? nampak link kat atas ? hak milik kekal Nor Amelia Farina . kenal pompuan tu ? aku laa yang sedang tulis ni . ruang aku masa aku tempat aku . jadi aku ada hak buat entry panjang . ouh yer lately bila aku bosan and dengar lagu lagu jiwa kacau aku nak bagitau satu dunia tentang perasaan aku . tapi agak malas tulis banyak banyak perenggan . so aku ada label baru . Puisi Cikai .


label ape plak kali ni ? ko reti bahasa ke tak ? bila aku cakap puisi cikai sah sah laa full of poems atau puisi . cuma lebih bersifat cikai sebab aku tak reti b'puisi b'madah seni macam orang lain . aku b'puisi ikut hati aku ikut otak aku . sebab tu kurang b'nilai atau langsung takda nilai sebab terlalu cikai . ok aku rasa aku perlu stop bebelan mengarut ni . sebab aku tahu dia tak suka aku m'bebel dan kamu juga !

courtesy of Faris Imadi's Photography
peace yaww !

2 comments:

ellinadllin said...

weyh kete aku.aduh aku berbangga vios disitu.

Mell said...

suke pulak . ahakz :P