5.3.11

CASTING CALL !! CASTING CALL !!



Buat pengetahuan korunk semua, semester kali ni batch aku kene buat short drama untuk subject directing . group aku sedang mencari beberapa orang yang boleh mengisi kekosongan watak yang ada . kepada korang yang berminat boleh tengok kat bawah ni . aku sertakan sekali sinopsis cerita yang group aku akan shoot . supaya sesiapa yang berminat akan lebih faham dengan watak yang akan dibawa . kalau ada artis yang baca amat di alu-alukan *berangan lah mell* ..... sila kan membaca . express yourself guys !!!


SINOPSIS CERITA !

1900 menceritakan tentang situasi yang dihadapi oleh beberapa orang watak. Situasi yang dihadapi akan mengubah pemikiran dan sikap mereka. Cerita bermula dengan watak Jason yang pergi menemui kekasihnya iaitu Katherine. Namun Jason telihat Katherine yang sedang bermesra bersama Johan iaitu majikan Katherine. Kejadian tersebut telah menyebabkan Jason merasa marah dan cemburu. Akibat dari perasaan yang timbul Jason telah memandu keretanya begitu laju hingga hilang kawalan di sebuah terowong dan terbabas. Dan menyebabkan terowong tersebut disekat oleh kenderaan Jason. Setelah itu, Jason mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat kecewa dengan sikap kekasihnya. Pada ketika itu kereta yang dipandu oleh Johan masuk ke terowong dan terperangkap akibat kereta Jason menghalangi terowong tersebut.

Arif dan Julia merupakan sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Razif. Arif dan Julia sangat mementingkan kerjaya masing-masing. Oleh sebab terlalu pentingkan kerjaya, rumah tangga mereka bagai retak menanti belah. Ketika dalam perjalanan pulang dari kerja, mereka masih lagi berurusan dengan hal kerja masing-masing. Namun telah terperangkap di sebuah terowong yang dihalang oleh kereta Jason. Pada waktu yang sama kereta yang dipandu oleh pasangan suami isteri Suraj dan Kavitha turut terperangkap di dalam terowong tersebut.

Kavitha bakal melahirkan anak pertama mereka. Mereka dalam perjalanan ke hospital kerana Kavitha sedang menunggu waktu untuk melahirkan anak mereka. Apabila terperangkap di dalam terowong tersebut Suraj terpaksa menunggu hingga Jason mengalihkan kenderaannya. Kerana tiada jalan lain yang boleh diikuti.

Johan dan Katherine turun dari kereta untuk melihat keadaan Jason yang memerangkap dirinya sendiri di dalam kenderaan. Katherine cuba memujuk Jason dan menjelaskan keadaan supaya Jason merubah fikiran. Namun akibat terlalu marah Jason keluar dari kereta dan cuba memukul Johan. Jason memukul Johan sehingga pengsan dan kembali ke dalam kereta untuk membunuh diri.

Arif yang terperangkap didalam terowong cuba memujuk Jason untuk membatalkan niat membunuh diri. Kasih sayang Jason terhadap Katherine membuatkan Arif tersedar Pada waktu yang sama Kavitha sedang kesakitan untuk melahirkan anaknya. Julia yang simpati dengan keadaan Kavitha cuba membantunya melahirkan anak. Keakraban Kavitha dan Suraj membuat Julia tersedar akan kesilapannya dan Arif.

Mangsa yang terperangkap di dalam terowong mempunyai kisah hidup masing-masing. Situasi ini akan membuatkan mereka tersedar dengan kesilapan hidup masing-masing.



P/S : Korunk boleh contact aku via email ; farina_july91@yahoo.com.au . btw nama aku AMELIA :D


Photobucket

2 comments:

Qamaruls said...

pehhhhh... giler r..

ameliafarina said...

meyh Q join skali . ngee :D