29.9.10

MAGIKA


kali ni nak buat review filem tempatan pulak . filem yang aku nak review kali ni ialah MAGIKA ! MAGIKA sebuah filem arahan Edry Abdul Halim terbitan KRU studio . untuk pengetahuan korunk semua aku dah tengok filem ni 2 kali dan tak pernah bosan kan aku . dan aku bercadang nak tengok buat kali ketiga . almaklumlaa tiga kali baru afdhal . hahaha . okie back to review . masa aku blaja genre studies dulu lecturer aku ada bagi banyak assignment untuk review filem . kali ni aku nak pratik kan dalam blog aku pulak . *sorry mukadimah panjang sangat*

bagi semua yang tak tahu dan yang dah tahu genre bagi filem ini ialah musical . jadi scene dalam cerita ini lebih menggunakan music, lagu dan senikata . bagi yang masih tak paham korunk boleh refer filem Hairspray atau High School Musical . aku malas nak cerita sinopsis MAGIKA ni . tapi kalau yang nak tahu boleh pergi tanya pakcik google .

back to musical . dalam cerita ni Edry menggunakan lagu apabila semua watak ingin bercerita, berbual, mengadu nasib, meluahkan perasaan, bergaduh, bertarung, dan memujuk . *dah kata pun film musical* watak2 dalam cerita ni semua akan bernyanyi . itu yang menarik perhatian aku . jadi filem ni bukan sesuai untuk orang dewasa tapi boleh tarik perhatian budak-budak .

perkara lain yang menarik perhatian aku nak tengok filem ni ialah watak-watak yang ada dalam cerita ni . semuanya watak2 dari kisah dongeng negara kita sendiri . kita ada Badang, Nenek Kebayan Puteri Bunian Gusti Putri a.k.a Puteri Gunung Ledang, Mahsuri, Orang Minyak, Pak Pandir dan Mak Andeh, dan banyak lagi . kalau nak tahu kene tengok . dalam masa yang sama penonton boleh mengenali kisah dongeng buatan negara kita sendiri . terutama kanak-kanak yang menonton .

sebenarnya dua aspek tu je aku nak sentuh . aku nak buat korunk lebih faham apa yang ingin disampaikan Edry . kalau nak hurai satu2 ikut guideline macam assignment panjang gak . nak kene sentuh camera angel , shot , language , logical *ooopps part ni mmg filem ni xlogik langsung laa*

pendapat aku cerita ni memang sangat mewarnai industri filem tanah air . filem ni pun banyak mesej dan cerita yang ingin disampaikan . kalau setakat RM7 tu memang berbaloi laa tgk filem ni . filem ni juga menampilkan ramai STAR . antaranya M.Nasir dan Pak Nil . aku bagi 4/5 bintang . kalau tidak aku nak bagi 3 1/2 je sbb ade jugak part yang aku kurang puas hati . dari segi CG and continuity . tapi bile tengok effort yang Edry nak sampaikan aku tambah lagi 1/2 bintang . jadi keseluruhan nya 4 bintang !

aku ada dengar jugak orang cakap filem ni tak best . aku pelik gak kenapa . mungkin ada yang tak berkenan dengan cerita fantasi ni . rupe2 nye mereka cakap tak besh sebab banyak sangat nyanyi-nyanyi . ini yang silap . memang itu concept musical . jadi sebelum bagi pendapat kaji dulu filem tu .

p/s : kepada korunk yang dah tengok cerita ni and dah review jangan lupa link kat aku and comment review aku . sorry review kali ni agak suram sebab dah lama tak buat review :D



Photobucket

No comments: