23.8.10

pelik tiada kesudahan


to whom it may concern;

kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia ni . kenapa benda yang buruk walau sekecil zarah sekalipun pasti ditentang diherdik dimaki seperti melakukan zina mahupun pembunuhan . tapi bila kebaikan yang sekecil zarah dilaksanakan sebelah mata pun mereka tak nampak .

kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia ni. bila susah kesana kemari melutut mmerayu meminta pertolongan . tapi bila dah senang tak pernah sekalipun aku dengar perkataan "syukur" dilafazkan.

kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia ni . bila senang sikit semuanya bagai milik dia seorang . semua nya hendak dimiliki . tapi bila susah sikit merungut tertekan putus asa yang jadi bahagian dalam diri .

kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia ni . bila betul canang satu dunia tentang kebenarannya . sampai muncul SBRB ; sombong bongkak riak berlagak menjadi darah daging mereka . tapi bila diri sendiri salah langsung tiada pengakuan malah menuding kesalahan pada orang lain

kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia ni . bila tiada kejayaan yang ditunjukkan mula lah berang marah ditujukan . tapi bila hasil titik peluh mula membuahkan hasil tiada pula kata-kata pujian tiada pula kebanggaan .

kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia ni . pandai menegur kesilapan orang lain seolah-olah dia lah para ahli dia lah para ulama . tapi diri sendiri yang ditegur tak nak pula mengakui tak nak pula menerima malah tidak setuju .

kadang-kadang aku mula memikir bila kesudahan fenomena ini . bila berakhirnya sikap-sikap ini ? bila manusia mula berubah ? bila manusia mula sedar ? bila manusia mula bersatu ? bila dunia aman selalu ?


p/s : nota untuk si penulis dan pembaca latingurl91.blogspot.com

3 comments:

qamaruluramaq.blogspot said...

alaa dah tade wat cover lagu lagi ke??

hamzah ian said...

erm. aku just nak komen psl heaser.. cun owh...

Mell said...

ceyh ! hahaha . tq tq . x cun pun . wakaka