24.10.10

entry sakit hati !


aku bukan nak mengutuk atau menghina atau membodohkan atau mmengherdik atau memandang rendah . tapi bila sekali aku tak puas hati memang aku takkan berubah . lagi-lagi dengan orang yang tak paham bahasa dan tak boleh terima keadaan aku . sebelum aku buat sesuatu perkara aku selalu pikir pasal orang lain . dan aku selalu bagitahu apa kehendak aku . tapi pernah ker anda semua pikir apa yang saya lalui ? jadi sila ambil perhatian setiap apa yang saya beritahu .



kalau awak rasa awak tak tahan awak keluar dari tempat ni . kalau awak rasa benda ni terlalu berat cuba rasa apa yang saya lalui sepanjang hari . kalau awak rasa awak tak boleh terima dugaan lebih baik duduk rumah . kalau awak rasa tak boleh terima pandangan orang lain teruskan duduk dibawah tempurung . kalau awak rasa saya ni teruk jauhi saya . kalau awak rasa perangai saya melampau sila jerit pada saya . kalau awak rasa awak betul jangan masuk dalam dunia ni . kalau awak rasa tertekan jangan pernah terpikir untuk cuba apa yang saya buat .



saya mintak maaf pada anda semua . betul cakap si sahabat "kita kena pandai tikam belakang" sebelum orang tikam belakang kita . kalau awak rasa entri saya ni sebagai satu kutukan atau penghinaan atau satu kata2 seorang pengecut awak dah salah . sebab saya hanya ada tempat ni untuk beterus terang . dan saya tak sampai hati nak cakap depan awak sebab saya taknak hilang awak . awak tak pernah nak paham saya .


*tears on my cheek


Photobucket

20.10.10

20102010


tarikh yang sangat chantek . tapi takde kene mengena pun dengan pe yang aku nak cerita kat sini . cume tarikh tu chantek sangat . hahaha . aku just nak share pasal kejadian semalam . aku sangat tension and rasa gagal semalam .


for the 1st time aku shoot dengan production yang lebeyh besar . tapi tidak laa bermaksud production tu dah established . cume dak2 kelas aku banyak membantu . terima kasih kat dorunk yang banyak bersabar dengan aku . sebagai director memang confirm aku tanggung risiko yang lebeyh besar . and banyak kelemahan yang aku kene baiki . semalam is day 1 untuk kteowg .


hari jumaat aku akan bangkit semula ! aku akan kuatkan semangat aku untuk terus berjaya ! kawan kawan aku perlukan korunk untuk support aku ! C'MON ! C'MON !


Photobucket

ALIF KADIM TUA SUDEYH !


20102010 . chantek laa tarikh hari ni . papepun aku nak wish Selamat Hari TUA kat membe aku . Alif Kadim .

to alif :
selamat hari tua k . hahaha . happy birthday aku wish kat ko . hope ko success slalu n jangan cepat lupa diri kat dunia hiburan ni . banyak dugaan dunia hiburan ni . so hope ko bley laa bertahan and aku doakan ko sentiasa berjaya :)

ko semakin tembam ! ahakz :P

Photobucket

10.10.10

note untuk ALIF


reunion itu reunion ini . its all about REUNION AKADEMI FANTASIA 8 walaupun sakit mata . tak sedar diri nak gak pergi . hahaha . ini sume semata-mata nak suport kawan . tapi mintak maaf sangat2 . aku hanya mampu tengok opening act and 1 lagu yang ko bawak ngan Nad . lama sudah tak tengok ko perform LIVE ! kul 1030 aku dah bla . 6hb November 2010 aku duduk depan tv tgk sume performance .

ini juga satu pengumuman untuk korunk . 6hb November 2010 tonton la konsert reunion af kat astro ria okie :)

Photobucket

30.9.10

manusia mula sedar


aku nak cerita kat korunk semua tentang sebuah kejadian yang buat seorang manusia ni sedar dari mimpi . cerita ni sangat ringkas . kejadian nya sekejap jer . bagai tiada erti sebuah pertemuan tersebut . pada satu pagi tu sorunk dak pompuan ngah jemur kain kat luar umah die . then die terjumpa dengan tukang sapu kat kawasan umah die tu . berlaku laa dialog ni

tukang sapu : dik cuti kolej sebulan atau dua bulan ?

dak pompuan : *slh dgr soklan* saya dah masuk kelas balik da makcik

tukang sapu : tak...selalunya kamu cuti berapa lama . sebab anak makcik cuti dua bulan . lama sangat tu

dak pompuan : ooo saya ari tu cuti sebulan . tapi memang ada kolej yang cuti dua bulan .

tukang sapu : ooo ye ker . makcik risau laa anak makcik tertinggal pelajaran

dak pompuan : eh tak de pape laa . mmg slalu cuti du bulan .

tukang sapu : ooo okie laa


habis je perbualan tu dak pompuan tu teringat mak die de cter psl anak2 makcik tu yg pandai smpi belajar luar negara . and dak pompuan tu tersedar satu perkara .

anak2 makcik tu dah blaja pandai2 . makcik tu pun slalu risau pelajaran anak2 . dak pompuan tu plak masih dalam angan2 n blaja pun main2 . sebab kan dak tu dari keluarga yang mampu nak sara belanja n belaja die . bila dah berbual ngan makcik tu dia mula sedar untuk kuatkan usaha dan terus belajar . tapi sampai bila usaha dia boleh diteruskan ? kita sama2 laa doa supaya dak pompuan tuu teruskan usaha supaya capai cita2 .

untuk korunk yang baca tuu . aku tau ayat2 aku mungkin tak brape sedap . and korunk mungkin kurang paham . tapi disebalik cter ni kita semua boleh dapat satu pengajaran . walaupun kecil pengajaran tu tapi sangat berguna . jadi renung2 kan lah . takkan nak tunggu nasib kita macam makcik tukang sapu baru nak sedar supaya berubah . sementara tengah senang ni ubah laa nasib jadi oramng yang berguna . sampai sini je laa . si tukang tulis pun dah nak mula study sejak sebulan otak tepu .



Photobucket

29.9.10

MAGIKA


kali ni nak buat review filem tempatan pulak . filem yang aku nak review kali ni ialah MAGIKA ! MAGIKA sebuah filem arahan Edry Abdul Halim terbitan KRU studio . untuk pengetahuan korunk semua aku dah tengok filem ni 2 kali dan tak pernah bosan kan aku . dan aku bercadang nak tengok buat kali ketiga . almaklumlaa tiga kali baru afdhal . hahaha . okie back to review . masa aku blaja genre studies dulu lecturer aku ada bagi banyak assignment untuk review filem . kali ni aku nak pratik kan dalam blog aku pulak . *sorry mukadimah panjang sangat*

bagi semua yang tak tahu dan yang dah tahu genre bagi filem ini ialah musical . jadi scene dalam cerita ini lebih menggunakan music, lagu dan senikata . bagi yang masih tak paham korunk boleh refer filem Hairspray atau High School Musical . aku malas nak cerita sinopsis MAGIKA ni . tapi kalau yang nak tahu boleh pergi tanya pakcik google .

back to musical . dalam cerita ni Edry menggunakan lagu apabila semua watak ingin bercerita, berbual, mengadu nasib, meluahkan perasaan, bergaduh, bertarung, dan memujuk . *dah kata pun film musical* watak2 dalam cerita ni semua akan bernyanyi . itu yang menarik perhatian aku . jadi filem ni bukan sesuai untuk orang dewasa tapi boleh tarik perhatian budak-budak .

perkara lain yang menarik perhatian aku nak tengok filem ni ialah watak-watak yang ada dalam cerita ni . semuanya watak2 dari kisah dongeng negara kita sendiri . kita ada Badang, Nenek Kebayan Puteri Bunian Gusti Putri a.k.a Puteri Gunung Ledang, Mahsuri, Orang Minyak, Pak Pandir dan Mak Andeh, dan banyak lagi . kalau nak tahu kene tengok . dalam masa yang sama penonton boleh mengenali kisah dongeng buatan negara kita sendiri . terutama kanak-kanak yang menonton .

sebenarnya dua aspek tu je aku nak sentuh . aku nak buat korunk lebih faham apa yang ingin disampaikan Edry . kalau nak hurai satu2 ikut guideline macam assignment panjang gak . nak kene sentuh camera angel , shot , language , logical *ooopps part ni mmg filem ni xlogik langsung laa*

pendapat aku cerita ni memang sangat mewarnai industri filem tanah air . filem ni pun banyak mesej dan cerita yang ingin disampaikan . kalau setakat RM7 tu memang berbaloi laa tgk filem ni . filem ni juga menampilkan ramai STAR . antaranya M.Nasir dan Pak Nil . aku bagi 4/5 bintang . kalau tidak aku nak bagi 3 1/2 je sbb ade jugak part yang aku kurang puas hati . dari segi CG and continuity . tapi bile tengok effort yang Edry nak sampaikan aku tambah lagi 1/2 bintang . jadi keseluruhan nya 4 bintang !

aku ada dengar jugak orang cakap filem ni tak best . aku pelik gak kenapa . mungkin ada yang tak berkenan dengan cerita fantasi ni . rupe2 nye mereka cakap tak besh sebab banyak sangat nyanyi-nyanyi . ini yang silap . memang itu concept musical . jadi sebelum bagi pendapat kaji dulu filem tu .

p/s : kepada korunk yang dah tengok cerita ni and dah review jangan lupa link kat aku and comment review aku . sorry review kali ni agak suram sebab dah lama tak buat review :D



Photobucket