Showing posts with label puisi cikai. Show all posts
Showing posts with label puisi cikai. Show all posts

8.8.10

Kau yang satu


persetankan semua bicara cinta

pedulikan semua madah berbisa

ketepikan janji berbisa

abaikan mainan jiwa

kosongkan minda dari manusia

mula mengharap cinta yang Esa



photo courtesy ; Faris Imadi

pedoman buat sang teman setia :)

Deeper


saya gembira bila awak senyum

saya sedih bila awak kecewa

saya suka bila awak senang

saya senyum bila awak bicara

saya sakit bila awak terluka

saya kuat bila awak lemah

saya takut bila awak sakit

saya CEMBURU bila awak BAHAGIA



macam geli shial . nothin to do with anyone . nukilan merepek di senja dingin

27.7.10

kehilangan

aku tak pernah mimpikan kau
aku tak pernah inginkan kau
dan aku tak pernah bayangkan kau
namun pada detik itu
kau hadir dalam hidup aku
aku gembira dengan pemberian itu
setiap hari kau bersama aku
saat aku sedih gembira duka kecewa
kau pasti sentiasa di sisi aku
hanya kau yang setia bersama ku
pernah sekali aku lupakan kau
tapi aku tahu kau tetap setia
pernah sekali kaujauh dari aku
aku sedih dan runsing
bila kau kembali disisiku
aku gembira tak terhingga
hingga pada malam itu
aku menunaikan kewajipanku sebagai khalifah didunia
aku tidak menyangka itu kali terakhir
aku terlalu leka dengan keindahan yang lain
sehingga engkau aku tinggalkan
dan kini apa yang aku rasa
hanyalah sedih gelisah runsing
tiada lagi kegembiraan
tiada lagi kesetiaan
kerna engkau tidak mungkin akan kembali
benarlah kata pepatah
masa itu emas
kita harus menghargainya
kini aku kehilanganmu
aku berharap engkau sentiasa ingatkan aku



photo courtesy of Faris Imadi

4.7.10

cabaran dan dugaan hidup

Ya Allah
beri aku kekuatan untuk tempuhi semua cabaran hidup
sesungguhnya aku lemah tak terdaya dengan semua dugaan
beri aku kesejahteraan dan kesyukuran dalam semua cabaran

Ya Rabb
jangan Kau jadikan aku insan yang mudah mengeluh
jangan Kau jadikan aku insan yang mudah mengalah
aku tahu setiap cabaran dan dugaan menuju kejayaan bagi diriku

Ya Rahman Ya Rahim
Kau tanamkan sifat kasih sayang dan tanggungjawab dalam diriku
Kau beri aku kekuatan menahan segala tohmahan hinaan dan perasaan dengki

Ya Tuhanku
Kau jadikan lah sahabat ku peneman ketika susah dan senang
jangan Kau jadikan mereka insan yang mengeluh dengan setiap tugasan
sesungguhnya usaha kami bergantung atas keredhaan-Mu


photo courtesy ; Faris Imadi


18.6.10

bermula satu penghijrahan

hijrah
tiada apa yang lebih baik
hanya hijrah kepada kebaikan
itu yang aku perlu dari awal hingga kini
ketakutan menghantui diri
hingga aku tak mampu buat keputusan
namun kata-kata dorongan
kata-kata nasihat dari mereka
membuat aku terus beriltizam
hanya satu penghijrahan
aku mampu lakukan
syukur kini aku telah berhijrah
harapan untuk sentiasa berhijrah
telah ku semat dalam diri
usaha untuk terus berhijrah
sedang aku jalani
kini tiada kata yang dapat menggambarkan
hanya syukur...Alhamdulillah


photo courtesy ; Faris imadi

5.6.10

SMS


aku simpan kata-kata kau
dalam ruang sempit
walau pun tidak seindah taj mahal
atau seindah masjid wilayah
tapi aku tetap simpan
sebab aku tau engkau takkan jd milik aku
biar kata-kata kau abadi dalam hidup aku
sebab aku tau aku derita bila kau hilang
aku simpan kata-kata kau dengan rapi
sebab aku takut bila kau senyap
aku jaga kata-kata kau yang ikhlas
sebab aku tau hanya itu yang mampu aku miliki
aku terima kata-kata kau
walau aku tau benda tu buat aku sakit
aku baca kata-kata kau setiap hari
untuk ubat rasa jiwa kacau dalam diri
aku hidup dengan kata-kata kau
sebab kau beri satu kehidupan
terima kasih dan jangan pernah berhenti SMS aku
walau sekadar 'salam' dan 'hai'


photo courtesy ; Faris Imadi

2.6.10

terlalu indah


dari jauh aku tengok kau
banyak kali aku cuba usha kau
bila nak dekat aku takut
lama-lama aku jadi berani
aku mula dekat dengan kau
kau betul-betul wat aku tertarik
sesiapa dapat kau pasti beruntung
pasti bangga dengan kehadiran kau
aku senyum seorang diri
membayangkan keistimewaan kau
aku cuba untuk dapatkan kau
tapi aku tak tahu caranya
aku takda semua yang aku perlu
untuk memiliki kau
menyimpan kau dalam hidup aku
aku terasa kau begitu berharga
tapi aku butuh engkau untuk kepentinganku
kejam kah aku ?
aku perlu engkau untuk waktu itu
tolong aku dapatkan engkau
kasihani lah diri aku
engkau terlalu istimewa
terlalu indah buat diriku




p/s : haiz chantek kowt dress yang aku duk usha tu . nak beli untuk dinner . mana nak dapat duit !!! haiz

1.6.10

the silence


aku diam kerna geram

aku diam kerna bengang

aku diam kerna sakit

aku diam kerna sedih

aku diam kerna sepi

aku diam kerna takut

aku diam kerna segan

aku diam kerna malu

aku diam kerna pasrah

aku diam kerna kalah

aku diam kerna sayang

aku diam kerna cinta

aku diam kerna ..... kamu

courtesy of Faris Imadi's Photography

19.5.10

pantas bergerak


lambatnya kau gerak
jauh sangat ke perjalanan
penat aku tunggu
ko dengar tak rintihan aku
macam kucing hilang anak
sampai hati kau buat macam ni
laju kan lagi kayuhan mu
laju kan lagi dayungan mu
laju kan lagi larian mu
laju kan lagi semua tentang dirimu
kerana aku disini hampir bosan menunggu

apa yang aku nanti
hanya kepantasan dari kau
untuk aku terus berhubung
mendapat kesenangan
mendapat hiburan
mendapat keriangan
mendapat cinta
kasih sayang
semua yang aku tiada
sampai aku kini bagai tin kosong
berlegar-legar cari tong sampah
mengharapkan belas kasihan


p/s: oo internet kenapa lambat sangat ni ? haiz -___-

cerita berita

mudahnya kau canang cerita
hebatnya kau hebah berita
bagai seorang yang berjaya
pemegang ijazah wartawan muda
peliknya aku dengar cerita
mungkin tiada sahih belaka
apa kenapa bagaimana
tak pula kau ambil kira
asal untung puas didada
tolak pahala mengumpul dosa
sampai hilang ramai saudara
penat serik aku mendengar
sampai naik menyampah
sudahlah

hey engkau disana
hey engkau disana
hey engkau disana
ini amaran keras
sudahlah sudahlah sudahlah
kasihan member kawan sahabat cinta
semua hilang !
semua hilang !
sebab kau si mulut berbisa

courtesy of Faris Imadi's Photography


17.5.10

fobia atau muak


apa yang ko perhatikan
kiri dan kanan
semua nya lumrah seorang insan

pergaduhan
percintaan
kemesraan
kebahagiaan

pernah aku alami dulu
hingga satu saat
dia pergi tanpa alasan

pernah aku tinggal kan dulu
sampai satu saat aku menyesal
mencari mengharap agar kembali

dan bila aku seorang
dia mula mengisi ruang
namun semua sia-sia
bila itu semua sementara

semua yang datang
bagai petir memanah di hati
aku kini fobia pada perasaan sendiri

pernah satu ketika
aku disoal diaju dengan kata kata
sampai satu saat aku mula bosan

hey engkau semua
hentikan bicara bodoh yang kau lemparkan
jangan pernah lagi engkau bangkitkan

muak aku mendengar
muak aku menjawab
aku hanya mengharap
bantuan untuk tetap tegar


courtesy of Faris Imadi's Photography

16.5.10

kegembiraan disebalik kekecewaan

apa yang kau fikirkan ?
sedang asyik memandang mereka
kau celaru seketika

nak cakap takda tali ada tali
nak cakap tempat orang salah sekali
nak cakap tentangan hebat
wah sungguh tepat dan cepat

apa yang kau fikirkan
sama saja fizikal mereka
bahkan gelaran mu lebih berjaya

kecewa nya mereka terhadap kau
gembira nya mereka tertawakan kau
sedih nya mereka mengenangkan kau
teruk nya mereka mencaci kau

apa yang kau perlukan ?
nasib atau usaha yang jitu
untuk merampas semua milikmu

sudah la semua hak itu milik musuhmu
sudah la semua jangan dihina apa yang berlaku
sudah la semua tingkatkan saja usahamu
sudah la semua teruskan saja sokonganmu


p/s : Piala Thomas menjadi milik CHINA si musuh ketat . kepada pemain2 jangan putus asa namun jangan dibiarkan perkara yang sama . kepada penyokong jangan dihina seteruk-teruknya dan berikan sokongan sepenuhnya .