aku baru wat diploma . jauh sungguh ke peringkat PhD . tapi ada gak dak skunk neyh lebeh advance dan menunjuk nunjuk PhD mereka . yang bawah umur pun de gak . macam mana tu ? sekolah pun belum habis . kan ? let me clear something here . PhD yang aku maksudkan ialah
Perasaan Hasad Dengki
individu yang ada Perasaan Hasad Dengki ni kadang kadang dorunk sendiri tak perasan yang dorunk da dpt PhD tu . tapi jangan la panggil diri sendiri doktor . sebab PhD korunk tu memang tak diiktiraf pun . post kali ni aku nak cerita sikit pasal PhD yang tak diiktiraf ni . kalau ikutkan hati memang aku tak nak nyemak kan blog aku ni disebabkan perangai orang lain . tapi kalau PhD ni mengganggu hidup aku dan rakan rakan , aku rasa aku perlu post agar mereka sedar diri sikit.
PhD ni memang tak patut langsung ada dalam diri kita . kenapa ada individu yang da dpt PhD ? bagi aku orang yang macam ni mungkin disebabkan mereka tak bersyukur dengan apa yang dorunk ada . dorunk inginkan sesuatu yang lebih sehingga sanggup ada perasaan dengki kat orang lain . aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri . oops korunk jangan salah paham . bukan aku yang ada PhD . tapi orang lain yang dengki ngan aku and membe .
orang yang ada PhD tu da wat banyak kesalahan . da la dengki kat orang lepas tu buat mulut pulak tu . aku bukan la perfect sangat atas muka bumi neyh . tapi takde la sampai nak menfitnah orang dan melaga-lagakan persahabatan orang lain . aku da pernah kene bila 2 orang membe yang pernah jadi membe baik aku berselisih faham dengan aku disebabkan mulut si PhD ni .
bila aku bergado aku xsalahkan 2 membe aku tu . tapi aku salahkan si PhD tu . aku tak faham untuk apa die melaga-lagakan kami . aku masih berdiam . tapi kali ni muncul pula si PhD yang lain n melaga-lagakan kawan aku yang lain . akhirnya dalam satu institusi tapi saling bermusuhan dan bermasam muka .
situasi tu patut membuka mata si PhD atau gelaran baru pembawa mulut . mungkin si PhD ni dengki dengan persahabatan yang terjalin . atau dengki dengan kejayaan yang dimilik orang lain . so dorunk pun buat mulut atas dasar PhD dorunk tu . aku terasa bertanggungjawab menulis bila kawan-kawan aku saling bermusuhan disebabkan mulut si PhD .
jadi bagi anda yang membaca jangan la suka-suka dapatkan lulusan PhD ni . kerana sikap itu akan membuatkan masyarakat sekeliling bermusuhan dan bermasam muka . akhirnya anda yang akan disalahkan kerana merosakkan sesuatu hubungan .
peace yaww !